Saturday, May 16, 2009

Free radical vs anti-oxidant

assalamualaikum kpd sahabat2 sekalian

Secara umumnya, perubatan moden telah banyak membantu pesakit-pesakit dalam menyembuhkan penyakit-penyakit yang dialami dengan izin Allah s.w.t. Seperti yang kita sedia maklum, semakin meningkat usia, semakin banyak penyakit yang mungkin dihidapi oleh kita semua seperti:
- Diabetes Melitus (kencing manis)
- Hypertension (Darah tinggi)
- Arthritis (sakit sendi2)
- Ischemic Heart Disease (serangan jantung)
- Stroke (angin ahmar)
- Lemah antibody
dan banyak lagi.

Kenapa ini berlaku???

Ya..mungkin ini ujian dari Allah s.w.t. Bukankah Allah s.w.t berfirman bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Kita sebagai manusia cuma boleh mencuba mencari penawar untuk memastikan penyakit kita tidak berlarutan dan melarat. Kaedah moden dan semulajadi boleh digabungkan dan diaplikasikan untuk merawat penyakit-penyakit tersebut.

Kenapa penyakit2 ini sering terjadi pada seseorang yang berusia???

Semua penyakit2 yang saya sebut tadi adalah 'Degenarative disease' iaitu kerosakan yang terjadi pada sel2 badan dimana tidak lagi berupaya memperbaiki semula kepada keadaan asal atau pertumbuhan sel adalah sangat perlahan. Bagaimana ia terjadi? Setiap sel di dalam badan kita terdedah kepada bahan yang dipanggil free radical atau ion2 negatif yang bebas. Ion2 ini akan menghentam setiap sel2 di dalam badan kita setiap saat. Mengikut kajian hentaman berlaku secara purata adalah melebiha 10.000 kali. Di mana akhirnya sel2 di dalam badan kita rosak dan kesannya adalah penyakit2 ini terjadi.

Bagaimana untuk mencegahnya?

Anti-oxidant adalah bahan yang penting untuk meneutralkan ion2 negatif ini. Sekarang terdapat bermacam-macam jenis supplement tambahan yang mengandungi anti-oxidant. Bezanya adalah dari segi kuantiti anti-oxidant dalam produk-produk tersebut.
Pada masa ini kajian membuktikan bahan anti-oxidant didapati paling banyak di dalam buah manggis iaitu kulit nya sendiri.

Saya telah merawat ramai pesakit yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Lebih kurang 50% pesakit berjaya dirawat dengan perubatan moden. Bagaimana dengan baki 50% lagi? Bagi yang tidak bernasib baik, mereka telah diberi ubat bermacam-macam jenis bertujuan untuk mencuba dalam menyembuhkan mereka. Tetapi kebanyakkan mereka tidak berjaya mengawal tahap kesihatan mereka secara optimum.

No comments:

Post a Comment