Sunday, June 21, 2009

Suntikan gluthation

Apakah gluthation?
-sejenis bahan yang dihasilkan oleh badan dan terdapat di setiap sel badan yang berfungsi sebagai antioxidant. Merupakan gabungan beberapa acid amino iaitu cystein, glycin dan glutamic. Selain daripada gluthation, vitamin C dan E juga bertindak sebagai antioxidant yang lemah. Fungsi antioxidant adalah untuk meneutralkan free radical yang terdapat dalam badan kita. Gluthation bertindak sebagai pemangkin kepada antioxidant yang lemah seperti vit C dan E. Juga dikenali sebagai 'Master antioxidant' yang penting di dalam badan. Kandungan gluthation di dalam badan dapat menjangkakan hayat umur seseorang. Terlalu penting di dalam badan sehinggakan kekurangan bahan ini menyebabkan daya tahan seseorang menjadi lemah, Earl Mindell, R.Ph., Ph.D

glutathione


Fungsi2 lain gluthation:
1) sebagai detoxification(membuang toxin) kapada exogenous compound(toxin daripada pewarna/perisa/pengawet dan lain2) daripada makanan haiwan/tumbuhan/pencemaran udara (asap rokok/kenderaan dan lain2)
2) membantu sistem immunity(melawan penyakit)
3) mengurangkan risiko sakit jantung, cancer, alahan (resdung/asthma dan lain2)
4) bertindak juga sebagai antiviral
5) melambatkan penuaan kulit dan sakit disebabkan peningkatan umur
6) untuk menguatkan otot dan kecergasan badan
7) membantu agen2 antioxidant yang lemah seperti vit C dan E untuk berfungsi.

Secara saintifik, pengambilan pil2 gluthation melalui oral tidak menunjukkan sebarang kesan kepada badan kita kerana pil2 ini tidak dapat diserap ke dalam peredaran darah setelah memasuki sistem perut dan usus kita.
Tetapi melalui suntikan IV (disuntik ke dalam salur darah), gluthation didapati memberikan kesan terhadap badan kita seperti kesan2 yang disebut di atas.

Kajian telah dibuat ke atas 7 orang dewasa yang sihat. Mereka diberikan 3000mg pil gluthation sekali. Hasilnya didapati, paras gluthation di dalam badan tiada perubahan. Berbeza dengan melalui suntikan gluthation, di mana ia terus ke dalam sistem peredaran darah kita.


Semoga penerangan ini dapat membantu saudara dalam menjaga kesihatan diri.
Banyak lagi info yang akan saya kongsi dengan anda. Jumpa di hari yang lain...
bye!




No comments:

Post a Comment